Kerana Aku Manusia Biasa.



Bukan mudah kita nak berjaya. Kadang dah hampir dah, tiba-tiba putus asa, dah pulun habis-habis, kita rasa buang masa. Rasa kabur dengan apa yang di depan. rasa tak betul je apa yang kita buat. Selalulah minta pada ALLAH, tetap hati kita, bimbing perjalanan kita, berkati apa yang dah kita usahakan. InsyaALLAH, selagi kita bergantung kepada ALLAH, kita takkan rasa kehilangan apa-apa, sebab kita tahu, ALLAH lagi hebat perancangan-Nya. ALLAH pemilik segala rezeki yang ada.

Kauorg, tak ada manusia yang sempurna... 
Ikhlas dari aku...

KERANA AKU MANUSIA BIASA.

Kerana aku manusia biasa,
Manusia yang kadang kala membuat silap...
Manusia yang kadang kala lupa, alpa dipentas dunia!

Kerana aku manusia biasa,
Manusia yang diciptakan oleh Allah yang punya perasaan,
Manusia yang punya perasaan suka, cinta, bahagia, duka, sedih,
Manusia yang kadang kala punya perasaan cemburu, iri hati...
Kerana aku tidak sempurna,
Tapi masih bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang Allah telah ciptakan.

Kerana aku manusia biasa,
Manusia yang kadang kala membuat manusia lain kecewa,
Manusia yang kadang kala membuat manusia lain menyampah dah marah,
Kerana aku juga manusia biasa...

Kerana aku manusia biasa...
Manusia yang punya cinta dan rindu dijiwa,
Manusia yang kadang kala rapuh dengan rindu dijiwa,
Manusia yang rapuh dengan perasaan yang kadang kala menggila,
Manusia yang kadang kala rapuh dengan cinta dunia,
Manusia yang rapuh dengan perasaan yang sesak didada,
Manusia yang sering kali mengalirkan air mata,
Manusia yang terasa sesak dan sakit menahan rindu dan cinta dijiwa,
Hanya kerana aku manusia biasa.

Kerana aku manusia biasa,
Manusia yang suka meminta-minta kepada Nya,
Meminta kepada Tuhan yang Esa supaya sentiasa terpelihara oleh Nya,
Meminta kepada Tuhan yang Esa supaya sentiasa dirahmati oleh Nya,
Meminta kepada Tuhan yang Esa supaya sentiasa diberi Nur dah Hidayah sentiasa,
Meminta kepada Tuhan yang Esa supaya sentiasa ditetapkan Iman didada,
Meminta kepada Tuhan yang Esa supaya sentiasa diberi.......
Diberi segala kekuatan dalaman dan luaran dalam menghadapi segala bentuk ujian didunia,
Meminta, meminta dan terus meminta..
Kerana diri ini manusia biasa.

Saat leka buat perancangan dunia,jgn lupa ALLAH maha perancang dan pelaksana segalanya.


Garden of memories:
SyamimiMohdYunos.